Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari

Maahad tahfiz pertama di Malaysia memperkenalkan pembelajaran tahfiz dan kemahiran vokasional

  • Play video

Kurikulum

Kuasai Al-Quran, TVET dan keusahawanan di MTVAB

MTVAB memfokuskan penguasaan 30 juzuk al-Quran, pembelajaran akademik dan persiapan untuk memasuki alam pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri dengan ilmu Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Tahfiz

Kulinari

Automotif

Jahitan

Kraf & Animasi

Pertanian

Cawangan

Pusat-Pusat Tahfiz MTVAB

7

Cawangan

15+

Pengajar kemahiran

200+

Pelajar

MTVAB Kuala Sungai Baru, Selangor

Lil Banat

Bagi menampung kemasukan pelajar baharu lebih ramai, sebuah pusat tahfiz MTVAB bernilai RM9.5 juta di Kuala Sungai Baru, Puchong sedang dalam proses pembangunan.

MTVAB Cawangan Kedah

Lil Banin

Pusat Tahfiz terletak di Mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah khusus untuk pelajar lelaki. Menawarkan kursus tahfiz, kulinari dan automotif. Pusat tahfiz ini menampung 100 orang pelajar.

  FB MTVAB Caw. Kedah

Hubungi Maahad

MTVAB Puchong, Selangor

Lil Banat

Pusat Tahfiz terletak di Kg Seri Aman, Puchong, Selangor. untuk pelajar perempuan. Menawarkan kursus tahfiz, kulinari dan kraf. Pusat tahfiz ini menampung 100 orang pelajar.

Hubungi Maahad

MTV Al-Iman, Jalan Kebun, Selangor

Lil Banin

Pusat Tahfiz terletak di Kampung Jalan Kebun, Selangor. untuk pelajar lelaki. Menawarkan kursus tahfiz, kulinari dan kraf. Pusat tahfiz ini menampung 100 orang pelajar.

Hubungi Maahad

Penekanan

Mengapa belajar di MTVAB?

Persaingan tinggi dalam dunia pekerjaan menuntut pembaharuan dalam bidang pengajian tahfiz, antaranya melengkapi pelajar dengan nilai tambah dalam bidang berasaskan vokasional.

Seimbang dunia dan akhirat

Pelajar dilengkapkan dengan ilmu agama seperti pengajian Al-Quran dan Hadis dan juga ilmu kedunian melalui pelajaran kemahiran dan keusahawanan.

Belajar untuk berdikari

Ketika remaja seusia masih lagi di alam permainan, pelajar di sini sudah diajar berdikari. Mereka diterapkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.

Belajar secara "Hands on"

Pelajar diasuh oleh tenaga pengajar berkemahiran. Pelajar juga melalui latihan teknikal selama dua bulan setiap tahun selama dua tahun tempoh pembelajaran.

Membentuk jati diri

Selain aktiviti pembelajaran di dalam kelas, pelajar juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti luar kelas bagi mengukuhkan jati diri pelajar.

Berita

Aktiviti dan program

  • Tahfiz TVET sasar lahir huffaz profesional

    Tahfiz TVET sasar lahir huffaz profesional

    PUCHONG: Setahun selepas ditubuhkan pada 2011, Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari (MTVAB) memperkenalkan program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) sebagai usaha menjana transformasi institusi pendidikan tahfiz.

    Baca lagi

  • Cef Hafizah

    Cef Hafizah

    Mereka baru berusia lingkungan 15 hingga 17 tahun, tetapi ketangkasan di dapur menyiapkan makanan boleh memukau sesiapa saja yang melihatnya.

    Baca lagi

  • Institusi tahfiz tawar ilmu kemahiran

    Institusi tahfiz tawar ilmu kemahiran

    PUCHONG – Bukan sahaja menerapkan ilmu agama kepada pelajarnya, Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari (MTVAB) di Kampung Seri Aman turut menyediakan kursus kemahiran bagi membentuk pelajar serba boleh.

    Baca lagi

  • Luang masa kerja amal

    Luang masa kerja amal

    Meskipun sibuk dengan penggambaran dan komitmen seni lain, Remy Ishak dalam diam aktif terbabit dengan kerja amal.

    Baca lagi

Pandangan

Apa kata mereka

“Ketika remaja seusia mereka masih lagi di alam permainan, pelajar di sini sudah diajar berdikari. Mereka diterapkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Latihan di sini walaupun jangka pendek, tetap setaraf dengan pengajian peringkat diploma"

Ustaz Mohd Asri Yunus

Pengerusi MTVAB
“Saya sangat seronok belajar di sini, lebih-lebih lagi dapat belajar pelbagai jenis masakan daripada cef selebriti terkenal. Saya bercita-cita menjadi cef dan pada masa sama berhasrat menyumbangkan ilmu masakan kepada orang lain kelak"

Batrisya Uzma

Pelajar MTVAB
“Selepas buat kajian secara menyeluruh saya dapati MTVAB sangat sesuai kerana ia bukan saja menekankan agama semata-mata kerana pelajarnya turut didedahkan dengan pelbagai kemahiran termasuk kulinari, seni dan mekanikal”

Remy Ishak

Artis dan penderma

Liputan

Liputan media tentang MTVAB

Berikan pendidikan terbaik untuk masa depan anak anda ...

Maahad Tahfiz Vokasional
Aman Bistari

Sumbangan

Sumbangan secara chek, bank transfer atau lain-lain pembayaran boleh dibuat kepada no akaun berikut:

AMAN BISTARI RESOURCES (MAYBANK)
562777216219

MAAHAD TAHFIZ AMAN BISTARI (BANK ISLAM)
12159010011025

© 2018 Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari