Institusi tahfiz tawar ilmu kemahiran

PUCHONG – Bukan sahaja menerapkan ilmu agama kepada pelajarnya, Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari (MTVAB) di Kampung Seri Aman turut menyediakan kursus kemahiran bagi membentuk pelajar serba boleh.

Ia menjadikan MTVAB sebagai institusi tahfiz pertama di negara ini menawarkan program kemahiran kepada pelajarnya.

Pengerusinya, Mohd Asri Yunus berkata, antara kursus kemahiran ditawar termasuk kulinari, jahitan, tulisan khat, mekanik basikal dan bakal diwujudkan kelak mekanik motosikal serta kereta.

Sukatan pelajaran utama iaitu hafazan al-Quran, ilmu fardu ain selain mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris masih menjadi pembelajaran utama di MTVAB.

“Maahad ini mempunyai 100 pelajar yang menduduki kelas tahfiz lilbanat, tadika dan pra tahfiz. Setakat ini kami terpaksa tutup penyertaan baru kerana bangunan sesak dengan murid yang bertambah.

“Insya-ALLAH, kami akan bina satu lagi bangunan baru dalam tempoh setahun di Kampung Kuala Sungai Baru yang memerlukan dana hampir RM1.5 juta,” katanya.

Mohd Asri berharap masyarakat dapat membantunya menampung kos operasi institusi bagi menjayakan hasrat melahirkan generasi al-Quran berkemahiran.

Katanya, pihaknya memerlukan dua van untuk kemudahan pengangkutan pelajar di maahad berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Solar Alert Sdn Bhd, Datuk Ismail Salleh berkata, beliau terpanggil memberi sumbangan apabila mendengar usaha tahfiz untuk mewujudkan program kemahiran.

“Kita nak tengok orang Islam bukan sahaja mahir dalam bidang agama tetapi juga dalam bidang teknikal.

“Saya akan beri sokongan dari semasa ke semasa untuk lihat usaha lahirkan pelajar serba boleh terlaksana,” katanya selepas melancarkan bangunan baru MTVAB, semalam.

Seorang lagi penyumbang, Datuk Roshdin Mohd Yusuf berkata, MTVAB adalah berlainan dengan maahad tahfiz yang wujud sebelum ini.

Beliau berharap lebih ramai masyarakat dapat menyokong usaha tersebut dengan memberi bantuan sokongan kepada institusi pendidikan itu.

Sementara itu, Adun Seri Serdang, Noorhanim Ismail berkata, beliau akan cuba memohon peruntukan untuk membantu sekolah tahfiz di bawah pentadbirannya.

Tidak menafikan mendirikan institusi pendidikan memerlukan kos tinggi, beliau menyokong usaha MTVAB.

“Saya sarankan maahad tahfiz lain di negeri ini dapat contohi program kemahiran seperti ditawarkan di MTVAB,” katanya.

Artikel ini disiarkan dalam Sinar Harian pada 8 Mac 2015 dan ditulis oleh:

Nur Farhana Abdul Manan

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/institusi-tahfiz-tawar-ilmu-kemahiran-1.366388

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tambah saham akhirat dengan menyumbang untuk pembangunan Maahad dan kesejahteraan pelajar-pelajar tahfiz.

Sumbangan secara chek, bank transfer atau lain-lain pembayaran boleh dibuat kepada no akaun berikut:

  • AMAN BISTARI RESOURCES (MAYBANK)
    562777216219
  • MAAHAD TAHFIZ AMAN BISTARI (BANK ISLAM)
    12159010011025

Maahad Tahfiz Vokasional
Aman Bistari

Sumbangan

Sumbangan secara chek, bank transfer atau lain-lain pembayaran boleh dibuat kepada no akaun berikut:

AMAN BISTARI RESOURCES (MAYBANK)
562777216219

MAAHAD TAHFIZ AMAN BISTARI (BANK ISLAM)
12159010011025

© 2018 Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari