Menjadikan Generasi ini generasi yang berkemahiran dengan berbekalkan Al-quran dan Sunnah
Tentang Maahad
Persaingan tinggi dalam dunia pekerjaan menuntut pembaharuan dalam bidang pengajian tahfiz, antaranya melengkapi pelajar dengan nilai tambah dalam bidang berasaskan vokasional.
Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari (MTVAB) antara yang mengorak usaha ke arah itu apabila menawarkan kursus kemahiran seperti kulinari, jahitan, automotif, binaan, elektrikal dan penjagaan kesihatan kepada pelajarnya.
MTVAB ditubuhkan pada 2009 oleh bekas pekerja sektor minyak dan gas (O&G), Mohd Asri Yunus.
Maahad tahfiz pertama di Malaysia memperkenalkan pembelajaran tahfiz dan kemahiran vokasional.
Bermula dengan dua kursus kemahiran di peringkat awal iaitu kulinari dan jahitan, sebelum ditambah secara berperingkat termasuk animasi, khat, baik pulih basikal dan motosikal serta automotif.
Semakin berkembang dengan kini memiliki tujuh cawangan seluruh negara.
Misi
Menyediakan sistem pembelajaran dan pengajian yang berkualiti dan berkabiliti